Isnin, Julai 28, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    George Lucas muncul di Comic-Con buat kali pertama

    Peminat-peminat Comic-Con menghunus pedang cahaya atau lightsabers kelmarin untuk menyambut pencipta Star Wars, George Lucas ke konvensyen tersebut buat kali pertama.

    Semasa acara itu, peserta beratur selama berjam-jam untuk mendapatkan tempat duduk di dalam dewan yang berkapasiti 6,500 orang di San Diego, California untuk melihat pembuat filem legendaris di sebalik francais Indiana Jones berucap pada hari terakhir acara tersebut.

    “Kami telah menunggu lima dekad untuk ini!” kata moderator panel Queen Latifah, yang mengendalikan perbincangan antara oleh Lucas dan pembuat filem lain.

    Lucas yang bukan sahaja hadir untuk membincangkan karya-karya filemnya, beliau juga hadir ke konvensyen tersebut untuk memperkenalkan Lucas Museum of Narrative Art yang akan dibuka di Los Angeles pada tahun 2026.

    Dalam laporan AFP, Lucas, 81, turut menjelaskan kepada orang ramai, beliau telah mengumpul seni sejak berada di kolej dan telah mengumpul puluhan ribu karya dalam koleksinya.

    “Saya telah mengumpul bahan-bahan ini selama 50 tahun dan kemudian saya (baharu) menyedari apa yang saya akan lakukan kerana saya enggan menjualnya”.

    Semasa penerangan mengenai muzium itu, Lucas mengatakan bahawa institusi itu akan menampilkan pelbagai karya dari pelbagai artis serta menampilkan barangan dari filem Lucas dan lain-lain filem.

    Bagi peminat Star Wars, muzium ini bertujuan untuk menjadi penghargaan kepada kepentingan seni naratif. – AFP

    Pembikin filem AS George Lucas semasa muncul di Comic Con International di San Diego, California kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda