
MONROVIA, 30 Dis – Bekas bintang bola sepak George Weah diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden Liberia semalam, mengalahkan dengan mudah pesaingnya semasa peralihan kuasa demokrasi pertama negara itu setelah dilanda peperangan saudara, pembunuhan politik dan krisis ebola selama tujuh dekad.
Dengan hampir semua jumlah undi dikira, Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan, Jerome Korkoya mengumumkan keputusan akhir yang dikeluarkan kelmarin tetapi Weah tidak membuang masa untuk mengakui kemenangannya. (Klik di sini untuk berita lanjut)