Georgia, NATO anjur latihan tentera

VAZIANI, GEORGIA, 7 SEPT – Georgia semalam melancarkan latihan tentera besar-besaran bersama tentera NATO sebagai sebahagian daripada usaha lama untuk menyertai gabungan itu, yang telah menimbulkan kemarahan kuasa era Soviet Rusia.

Kira-kira 2,800 tentera dari Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Poland akan mengambil bahagian dalam latihan Noble Partner 2020 yang diadakan di pusat latihan Vaziani dan Kem Norio berhampiran Tbilisi.

Perdana Menteri Georgia, Giorgi Gakharia berkata latihan ‘membentuk komponen paling penting dalam usaha untuk mencapai penyepaduan Georgia dalam Euro-Atlantik.’

Latihan adalah ‘satu jaminan keamanan dalam negara kami’ dan ‘tidak menyasarkan sesiapa,’ kata beliau, dalam ucapan kepada tentera semasa majlis pembukaan.

Latihan akan berlangsung sehingga 18 September.

Usaha Georgia untuk menyertai NATO telah membangkitkan kemarahan Moscow dan konfrontasi berakhir dalam peperangan berhubung rantau pemisah Ossetia Selatan dan Abkhazia pada Ogos 2008. Georgia telah menjadi penyumbang terbesar bukan NATO dan per kapita terbesar kepada misi gabungan di Afghanistan.

Tentera negara Laut Hitam itu juga telah mengambil bahagian dalam operasi pengaman antarabangsa di Kosovo, Iraq dan Republik Afrika Tengah. – AFP