Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Geraint Thomas umum bersara hujung musim ini

    LONDON, 17 FEB – Bekas juara Tour de France, Geraint Thomas, yang turut memenangi pingat emas dalam acara berbasikal trek untuk Great Britain di Sukan Olimpik 2008 dan 2012, mengumumkan hari ini bahawa tahun ini akan menjadi musim terakhirnya sebagai pelumba profesional.

    Thomas, rakan sepasukan setia dengan semangat juang luar biasa, telah berubah menjadi pemimpin dalam karier hampir dua dekadnya.

    Dia berkata fokus utamanya tahun ini adalah pada perlumbaan Tour de France bersama pasukan Ineos Grenadiers.

    Pada usia 38 tahun, Thomas memberitahu BBC bahawa dia akan berlumba untuk menyokong matlamat pasukan serta berusaha memenangi satu peringkat perlumbaan sambil menikmati pengalaman terakhirnya dalam perlumbaan yang pernah dimenanginya pada 2018.

    “Sejak kecil, saya bermimpi untuk berlumba di Tour dan menjadi sebahagian daripada Olimpik. Memenangi kejohanan itu adalah impian, tetapi untuk benar-benar mencapainya adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya kepada BBC Breakfast.

    “Sekarang keputusan ini rasmi, saya mula merenung kembali perjalanan saya. Ketika awda masih aktif berlumba, ia adalah tentang satu perlumbaan selepas yang lain, tahun demi tahun, jadi awda tidak benar-benar menghargainya.

    “Saya rasa tahun ini saya akan mengambil sedikit masa untuk melihat kembali segala pencapaian saya,” tambahnya. – AP

    Geraint Thomas meraikan kejayaan di podium selepas peringkat ke-21 perlumbaan berbasikal Tour de France sejauh 116 kilometer (72.1 batu) dari Houilles ke Champs-Élysées di Paris, Perancis, pada Ahad, 29 Julai 2018. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda