Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Geran AS$1.4b bantu petani Afrika

    WASHINGTON, 8 NOV – Yayasan Bill & Melinda Gates mengumumkan geran bernilai AS$1.4 bilion untuk membantu petani kecil di Afrika akibat kesan perubahan iklim, menurut yayasan itu dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Sputnik.

    “Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gates, Mark Suzman pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27),” menurut kenyataan itu.

    Melalui inisiatif ini, dana itu akan menaja industri pertanian hijau inovatif Afrika dalam tempoh empat tahun akan datang, menggunakan teknologi digital moden dalam bidang itu selain menyokong petani wanita. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda