Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gereja sementara di Uganda disambar kilat, 14 maut

    KAMPALA, 4 NOV – Sekurang-kurang 14 maut di sebuah kem pelarian di Uganda apabila kilat menyambar sebuah gereja sementara, menurut pegawai, baru-baru ini.

    Kira-kira 50 orang berada di gereja itu yang terletak di kem pelarian Palabek, utara Uganda, pada petang Sabtu ketika ribut kuat membadai kawasan berkenaan, kata polis.

    Mangsa termasuk lima remaja perempuan dan sembilan lelaki berusia antara 14 hingga 18 tahun, meninggal dunia apabila kilat menyambar bumbung gereja itu, kata Pesuruhjaya Daerah Residen bagi wilayah Lamwo, William Komech, kepada AFP.

    Polis turut memaklumkan bahawa sekurang-kurang 34 mangsa lagi mengalami kecederaan dan dirawat di sebuah pusat kesihatan berhampiran. Kebanyakan pelarian terbabit berasal daripada komuniti Nuer di Sudan Selatan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda