Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gergasi tenaga Jepun meterai perjanjian beli LNG Alaska

    TOKYO, 11 SEPT – Syarikat penjana kuasa tertinggi Jepun, JERA,  hari ini ia telah menandatangani perjanjian awal yang bertujuan untuk membeli gas asli cecair (LNG) daripada projek saluran paip besar di Alaska, selepas Tokyo bersetuju untuk meningkatkan penjualan Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan.

    Syarikat itu berkata,mereka telah menandatangani surat perjanjian dengan pemaju projek AS, Glenfarne untuk memajukan perbincangan mengenai pengambilan gas asli cecair daripada Projek LNG Alaska.

    Glenfarne, yang memacu saluran paip berkata dalam satu kenyataan kelmarin, surat itu memperincikan tentang penjualan LNG satu juta tan setahun daripada Projek LNG Alaska dalam tempoh 20 tahun.

    Presiden AS, Donald Trump telah mengemukakan tentang saluran paip sepanjang 1,300 kilometer yang akan menghasilkan LNG untuk dihantar ke Asia dengan kapal tangki.

    Walau bagaimanapun, projek AS$44 bilion yang telah lama terhenti – perlu mengatasi pelbagai halangan teknikal yang kompleks – tidak dijangka akan beroperasi seawal-awalnya sebelum 2030.

    Pembelian LNG Tokyo dari Alaska disebut dalam perjanjian perdagangan Jepun-AS yang ditandatangani secara rasmi minggu lalu.

    Kenyataan bersama antara kedua-dua negara berkata Tokyo komited terhadap pembelian tambahan tenaga AS yang stabil dan bagi jangka panjang termasuk meneroka perjanjian pengambilalihan Alaska baharu untuk LNG.

    Glenfarne berkata ia menyasarkan keputusan pelaburan terakhir untuk saluran paip LNG Alaska akhir tahun ini, termasuk memuktamadkan komitmen untuk mengeksport gas itu menjelang 2026. – AFP

    Gambar fail ini menunjukkan paip LNG Alaska di Alaska pada 22 September 2023. – AAP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda