Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gerrard tolak peluang kembali jadi pengurus Rangers

    LONDON, 12 OKT – Bekas pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard, menolak peluang untuk kembali sebagai pengurus Rangers bagi kali kedua, lapor media pada Sabtu.

    Gerrard, 45, sebelum ini dilihat sebagai calon utama untuk menggantikan Russell Martin yang dipecat oleh kelab Liga Perdana Scotland itu. Namun, selepas mengadakan perbincangan yang dianggap membina, bekas pemain tengah England itu merasakan masa sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk kembali ke Ibrox.

    Martin dipecat hujung minggu lalu selepas hanya empat bulan memimpin pasukan, dengan Rangers hanya mencatat satu kemenangan daripada tujuh perlawanan pertama liga musim ini.

    Gerrard pernah mengendalikan Rangers antara 2018 hingga 2021, membantu kelab itu menjuarai Liga Scotland pada musim 2020/21 sebelum berpindah ke Aston Villa. Beliau meninggalkan peranannya sebagai pengurus kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq, pada Januari lalu.

    Antara calon lain yang disebut-sebut sebagai pengganti Martin di Ibrox ialah pengurus Hearts Derek McInnes, bekas pemain Rangers Kevin Muscat dan bekas pengurus Everton Sean Dyche. – AFP

    Steven Gerrard ketika menjadi pengurus bagi kelab Liga Perdana Scotland, Rangers. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda