Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gesa belia setia pada Parti Komunis

    BEIJING, 30 April – Presiden Xi Jinping menggesa belia China hari ini supaya setia kepada Parti Komunis ketika beliau berusaha membangkitkan semangat patriotik dalam ucapan nasionalis beliau sempena memperingati 100 tahun bantahan pelajar.

    Xi menyampaikan seruan itu lebih kurang satu jam di Great Hall of The People untuk memperingati ‘Pergerakan 4 Mei’, bantahan bersejarah ke atas kolonialisme dan imperialisme yang menggegarkan China pada tahun 1919.

    Ucapan itu dibuat ketika parti itu berdepan ekonomi lembap dan siri-siri ulang tahun sensitif dari segi politik, termasuklah 30 tahun sejak tindakan 4 Jun 1989 ke atas pembantah-pembantah Tiananmen Square.

    “Adalah amat mengaibkan jika seseorang itu tidak patriotik atau malah memperdaya atau mengkhianati tanah air. Tidak ada tempat di mana-mana bagi seorang seumpama itu,” Xi memberitahu barisan anak-anak muda, pekerja, tentera dan kader Parti Komunis.

    “Di zaman kontemporari China, inti pati patriotisme adalah untuk menggabungkan kasih seseorang itu untuk negara dengan kasihnya untuk parti dan sosialisme,” kata beliau lagi.

    Pegawai polis separa tentera berarak di Tiananmen Square selepas menghadiri acara bagi memperingati bantahan ‘Pergerakan 4 Mei’ di Beijing. – AFP

    “Belia China dalam era baharu seharusnya mendengarkan kata-kata parti dan mengikut langkah parti itu.”

    Bantahan 4 Mei 1919 adalah pergerakan nasionalis yang bermula apabila kira-kira 3,000 orang pelajar Universiti Beijing berarak ke Tiananmen Square dalam kemarahan terhadap cara pengendalian konsesi Jepun di China kepada Jepun pada akhir Perang Dunia Pertama.

    Bantahan itu berkembang menjadi gesaan bagi kesedaran budaya dan politik untuk memodenkan China.

    Sementara Xi berulang kali menyanjung ajaran Marx dan Parti Komunis, pihak berkuasa bertindak ke atas pelajar-pelajar Marxist yang menyokong pergerakan buruh beberapa bulan kebelakangan.

    Xi berkata “dalam berdepan dengan cabaran luaran, kita mesti mengekalkan kekuatan kita, mematuhi peraturan, mewujudkan kehidupan yang lebih baik dengan usaha gigih dan kerja jujur.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda