Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gesaan bebaskan Matiullah Wesa semakin memuncak

    ISLAMABAD, 29 MAC – Gesaan meningkat kelmarin supaya Taliban membebaskan seorang aktivis pendidikan perempuan yang ditangkap awal minggu ini di Kabul, ketika seorang menteri kerajaan mempertahankan penahanan itu.

    Matiullah Wesa, pengasas dan presiden Pen Path sebuah kumpulan bukan kerajaan tempatan yang mengembara ke seluruh Afghanistan dengan sebuah sekolah bergerak dan perpustakaan telah ditangkap di ibu negara Afghanistan pada Isnin.

    Sejak mereka mengambil alih Afghanistan, Taliban telah mengenakan sekatan ke atas hak wanita dan minoriti. Kanak-kanak perempuan dilarang bersekolah selepas darjah enam dan tahun lalu, Taliban melarang wanita daripada pergi ke universiti.

    Wesa telah lantang bersuara dalam tuntutannya supaya gadis mempunyai hak untuk pergi ke sekolah dan belajar, dan telah berulang kali menyeru kerajaan pimpinan Taliban untuk membatalkan larangannya. Tweet terbarunya bertepatan dengan permulaan tahun akademik baharu di Afghanistan, dengan kanak-kanak perempuan masih dilarang masuk ke bilik darjah dan kampus.

    Lewat Selasa, charge d’ affaires AS untuk Afghanistan, Karen Decker, berkata dia terganggu dengan “laporan bebilang yang mengganggu” tentang rakyat Afghanistan yang ditahan sambil memprotes secara aman untuk menyokong aspirasi mereka.

    Bekas presiden Afghanistan, Hamid Karzai berkata beliau sedih mendengar penahanan Wesa. – AFP

    Kanak-kanak perempuan menghadiri kelas pada hari pertama tahun persekolahan baharu, di Kabul, Afghanistan, 25 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda