Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ghaem-100 uji sistem perkakas, perisian di orbit

    TEHRAN, 15 SEPT – Iran kelmarin melancarkan satelit penyelidikan baharu ke orbit, kata media kerajaan, dalam perkembangan terkini program aeroangkasa yang telah lama berdepan kritikan Barat.

    “Satelit penyelidikan Chamran-1 berjaya dilancarkan ke orbit oleh kapal pengangkut Ghaem-100,” kata televisyen kerajaan Iran.

    Satelit itu, yang mempunyai berat kira-kira 60 kilogram, dicipta untuk menguji sistem perkakasan dan perisian bagi teknologi gerak orbit, kata laporan televisyen itu.

    Peranti itu dicipta oleh Iranian Electronics Industries yang bergabung dengan kementerian pertahanan, kata televisyen kerajaan.

    Kerajaan Barat termasuk Amerika Syarikat telah berulang kali memberi amaran kepada Iran terhadap pelancaran sedemikian, dengan mengatakan teknologi yang sama boleh digunakan untuk peluru berpandu balistik, termasuk yang direka untuk menghantar peledak nuklear.

    Iran berkata pelancaran satelit dan roketnya adalah untuk tujuan sivil atau pertahanan sahaja serta tidak ada kaitan dengan senjata nuklear.

    Roket Ghaem-100 yang membawa satelit terbaharu dibina oleh organisasi aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Iran. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda