Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ghalibaf: Rundingan dengan AS ‘sia-sia’

    TEHRAN, 31 MEI – Speaker parlimen Iran Mohammad-Bagher Ghalibaf berkata mana-mana rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) adalah ‘sia-sia’ ketika beliau menyampaikan ucapan pertamanya di dewan hari ini.

    Ghalibaf, bekas komander tentera udara Pengawal Revolusi, dipilih speaker pada Khamis selepas pilihan raya pada Februari yang melihat dewan perundangan dikuasai oleh golongan ultra-konservatif.

    Parlimen yang baharu dibentuk itu ‘menganggap rundingan dengan Amerika, sebagai paksi keangkuhan global, sebagai sia-sia,” kata Ghalibaf.

    Beliau juga berikrar akan membalas dendam atas serangan dron AS pada Januari yang membunuh Qasem Soleimani, komander cawangan operasi luar pengawal.

    “Strategi kami dalam menghadapi pengganas Amerika adalah mengakhiri balas dendam untuk darah Soleimani,” beritahunya kepada penggubal undang-undang dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

    Ini, menurutnya, membabitkan ‘penyingkiran tentera pengganas Amerika dari rantau.’

    Ketegangan berusia beberapa dekad di antara Tehran dan Washington itu telah meningkat setahun lalu, dengan musuh ketat itu dua kali hampir-hampir menghadapi konfrontasi secara langsung.

    Ghalibaf, 58 tahun, ialah calon presiden tiga kali yang tewas kepada Hassan Rouhani dalam pilihan raya terakhir pada 2017.

    Speaker baharu itu juga memegang jawatan datuk bandar Tehran dan ketua polis republik Islam sebelum menyandang jawatan terbaharu itu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda