Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ghana benam Jepun 0-2

    YOKOHAMA, 31 Mei – Jepun menerima tamparan hebat selepas tunduk 0-2 di tangan Ghana pada aksi kendalian sulung jurulatih baharunya, Akira Noshino.

    Jepun yang ‘berwajah baharu’ itu tewas pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nissan itu sekali gus meninggalkan Noshino dengan tugas sukar menjelang sepak mula Piala Dunia di Rusia, tiga minggu lagi.

    Skuad Samurai Biru itu akan membuka kempen Piala Dunia dalam Kumpulan H bertemu Colombia pada 19 Jun.

    Dua lagi pasukan yang turut diundi dalam kumpulan sama adalah Poland dan juga Senegal.

    Partey (tengah) ketika membuat sepakan penalti semasa perlawanan bola sepak antarabangsa mereka menentang Jepun di Stadium Nissan di Yokohama, kelmarin. – AFP

    Nishino menggunakan formasi baharu apabila meletakkan tiga pertahanan tengah, dua pemain bek sayap dan dua penyerang sayap bagi memberi sokongan kepada penyerang tunggal.

    Namun, kapten Ghana, Thomas Partey mencetak nama selaku penjaring dengan Emmanuel Boateng yang melakukan penampilan pertama mudah menyempurnakan penalti untuk menghadiahkan kekalahan buat Jepun di hadapan 64,520 penyokong mereka.

    “Kami tidak beraksi hampir setengah tahun di laman sendiri jadi sudah tentu kami mahukan keputusan yang baik sebelum beraksi di Piala Dunia,” kata Nishino.

    “Kami cuba memberikan yang terbaik namun keputusannya mengecewakan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda