ACCRA, 24 FEB – Ghana hari ini menjadi negara pertama yang menerima vaksin dari Covax, satu skim global yang memberi vaksin COVID-19 secara percuma untuk negara-negara miskin.
Dilancarkan April lalu, Covax mengatakan ia merancang untuk menghantar dua bilion dos menjelang akhir tahun.
“Fasa berikutnya dalam meme-rangi penyakit ini bermula, peningkatan kempen vaksinasi terbesar dalam sejarah,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore dalam satu kenyataan.
“Akhirnya mereka berjaya!” Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang organisasinya juga menyokong inisiatif Covax, mengatakan di akaun Twitter. “Hari untuk meraikan, tapi ini hanya langkah pertama.”
Sebanyak 600,000 dos yang dikirimkan ke Ghana adalah formula Oxford/AstraZeneca, dibuat berdasarkan lesen oleh pengeluar vaksin terbesar di dunia, Institut Serum India.
Mereka merupakan yang terawal menghantar vaksin ke beberapa negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Penerbangan Emirates yang membawa vaksin mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka di Accra semalam dan Menteri Kesihatan, Kwaku Agyeman Manu menerimanya dalam siaran langsung di televisyen. – AFP
