Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    GHB Campers anjur permukiman sempena Hari Guru

    Oleh Yusoff Omar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT– Geng Healing Bergumbira (GHB Campers) dengan telah menganjurkan sesi permukiman Healing Bergumbira bersempena dengan sambutan Hari Guru kali ke-34 yang berlangsung di Tapak Perkemahan Hutan Simpan Berakas pada 21 hingga 23 September lalu.

    Acara yang disertai seramai 25 orang yang sebahagian besarnya terdiri daripada para guru berkenaan diadakan dengan tujuan antara lain adalah memupuk semangat kerjasama dan keakraban antara peserta dan juga menyediakan sesi rehat dan aktiviti santai kepada para guru bagi menghargai jasa serta pengorbanan mereka.

    Di samping menikmati suasana perkhemahan sepanjang sesi, aktiviti senam robik dan brisk walk pada waktu pagi juga turut diadakan dalam suasana alam semula jadi yang tenang dan menyegarkan kepada para peserta.

    Diharapkan sesi berkenaan dapat memberikan pengalaman yang berharga kepada peserta dan seterusnya memperkasa para guru dengan menikmati masa berkualiti untuk refleksi diri, berehat, dan menyegarkan semula semangat mengajar.

      Antara aktiviti dan suasana semasa sesi permukiman berkenaan. – GAMBAR- GAMBAR SERAHAN GHB CAMPERS

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda