Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    GHK, Gardenia bekerjasama

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Daihatsu di Brunei Darussalam telah bekerjasama dengan Gardenia Food Industries Sdn Bhd bagi projek trak makanan bertema roti.

    Kerjasama berkenaan adalah sebagai usaha GHK bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan pengkomersialan yang mana GHK Auto Assembly Sdn Bhd mengubahsuai trak makanan Daihatsu Gran Max.

    Trak makanan itu akan membolehkan Gardenia terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan pada acara-acara korporat, majlis perkahwinan, pesta ulang tahun, acara sukan dan perayaan.

    Sebagai respons bagi menyokong inisiatif kerajaan untuk menggalakkan start-up, usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, GHK Motors Sdn Bhd juga menyediakan program pajakan kenderaan serta penyesuaian dan pengubahsuaian kenderaan pelanggan berdasarkan ke-perluan belanjawan dan perniagaan mereka.

    Trak makanan bertemakan roti hasil kerjasama GHK Motors Sdn Bhd dan Gardenia Food Industries Sdn Bhd. – Oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda