Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – GHK Motors Sdn Bhd, kelmarin, telah mengadakan Hari Penghargaan bagi pemilik Mitsubishi di Daerah Temburong yang berlangsung di Ruang Legar Bumiputra yang dihadiri para pemilik Mitsubishi dan pihak Pengurusan Mitsubishi.
Acara tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan di Daerah Temburong atas sokongan mereka selama bertahun-tahun dan memilih jenama Mitsubishi sebagai pilihan pertama kenderaan automotif.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan penyampaian sijil kepada pelanggan yang disempurnakan oleh Pengurus Besar Mitsubishi, Au Thien Kiong diikuti dengan beberapa aktiviti. Para pemilik kenderaan Mitsubishi juga berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma yang dikendalikan oleh kumpulan perkhidmatan profesional.
Dengan adanya acara ini, ia dapat mewujudkan kenangan manis dan menjalinkan hubungan erat bersama pelanggan.
Selain itu, ia juga dapat memperluaskan promosi terbaru Mitsubishi dan kereta keluaran terbaru bagi penduduk di Daerah Temburong.
