Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Syarikat GHK Motors Sdn Bhd telah menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang berlangsung di Bilik Pameran Ibu Pejabat GHK Motors, Beribi pagi tadi.
Kempen yang bermula dari pukul 9 hingga 12 tengah hari dan disertai oleh kakitangan GHK Motors serta orang ramai telah berjaya mengumpul sebanyak 64 pain darah.
Kempen berkenaan merupakan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari GHK dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan bekalan darah di negara ini.
Semasa ditemui pihak media, beberapa orang kakitangan GHK Motors yang menyertai kempen berkenaan buat pertama kali telah menzahirkan rasa gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan di samping dapat mengetahui tahap kesihatan mereka.
Suasana semasa kempen derma darah berkenaan.