Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    GHK Motors hadiri persidangan di China

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Syarikat pengedar kenderaan tempatan, GHK Motors Sdn Bhd telah dijemput bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Persidangan Pengedar Antarabangsa MG dan Maxus yang berlangsung di Shanghai, China, baru-baru ini.

    Persidangan anjuran syarikat pengeluar automotif China, SAIC Motor Cooperation Lt itu dihadiri oleh perwakilan dari beberapa buah negara seperti United Kingdom, Australia, Filipina, Malaysia, Thailand, beberapa kawasan di Amerika Selatan dan juga Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, delegasi GHK Motors ke persidangan itu telah diketuai oleh Eksekutif Jualan bagi MG dan Maxus, GHK Motors, Alan Chong.

    Bertemakan Shaping A New Era, tajuk meliputi pelbagai perbincangan dengan para pengedar dan mengkaji semula aksesori MG.

    Presiden SAIC Motor, Chen Zhixin menyampaikan taklimat mengenai membangunkan jenama melalui empat trend terbaharu selain itu, persidangan mendengarkan pembentangan Pelan Penghasilan Luar Negara MG 2019 dan Sesi Selari MG.

    Persidangan itu juga merupakan platform bagi para peserta menjalinkan rangkaian dan bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran mengenai MG dan Maxus mengikut tajuk yang diberikan.

    Selain persidangan itu, wakil GHK Motors juga menghadiri International Automobile & Manufacturing Technology Exhibition ke-18 juga dikenali sebagai Pameran Auto Shanghai 2019 di Pusat Kebangsaan Pameran dan Konvensyen. Shanghai.

    Dengan fokus utama kenderaan elektrik, pemanduan autonomi dan kereta-kereta berhubung, jenama-jenama antarabangsa mempamerkan kenderaan berinovatif mereka dalam 13 dewan dan membolehkan GHK Motors melihat lebih dekat produk masa depan MG dan Maxus.

    Sesi bergambar ramai semasa berada di Persidangan Pengedar Antarabanagsa MG dan Maxus yang berlangsung di Shanghai, China, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda