Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – GHK Motors Sdn Bhd menganjurkan Jerayawara Mitsubishi selama lima hari bermula hari ini di Ruang Legar, The Mall, Gadong untuk memberi kesedaran mengenai model-model Mitsubishi dan promosi terbaharunya.
Ia juga memberi peluang kepada pelanggan untuk berhubung dengan perunding jualan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai model Mitsubishi dan akan dapat melihat model Mitsubishi XForce baharu, Mitsubishi Xpander Advance Edition, Mitsubishi Pajero Sport, Mitsubishi Attrage, dan Mitsubishi Eclipse Cross.
Selain itu, pelanggan juga layak mendapatkan promosi tinted V-Kool secara percuma jika membeli mana-mana model Mitsubishi tetapi hanya sah semasa jerayawara berlangsung.
Pelbagai aktiviti permainan yang menarik juga diadakan seperti kuiz Xforce dimana pengunjung berpeluang memenangi hadiah berupa baucar Liho bernilai $5.
Di samping itu pelanggan boleh mengambil bahagian dalam Snap and Tag Xforce dengan mengambil gambar bersama model Mitsubishi XForce yang dipamerkan dan memuat naik ke dalam Instagram mereka untuk berpeluang memenangi baucar wang tunai bernilai $100 untuk tiga pemenang.