Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Syarikat GHK Motors menambah lagi barisan jenama model Chevrolet mereka dengan melancarkan model terbaru Chevrolet Trailblazer yang diperbaharui.
Majlis pelancaran berlang-sung di Bilik Pameran Chevrolet, Sumbangsih Bahagia, pagi tadi, dan disempurnakan oleh Pengerusi GHK Motors, Pengiran Dato Shariffuddin bin Pengiran Haji Matali bersama Pengarah Pengurusan GHK Motors, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.
Model Trailblazer serba baru ini tampil dengan enjin diesel 2.5 Liter Duramax 4-Silinder DOHC 16 injap dan dikuasakan lagi dengan ‘Common Rail Direct Ignition System – VGT Turbocharger’ dan ‘Multi-port Fuel Injection’ (MFI).
Dengan enjin berkenaan, Chevrolet Trailblazer menghasilkan 180 kuasa kuda pada 3600 rpm dan Tork pada 440 Nm pada 2000 rpm.


Chevrolet Trailblazer juga mempunyai kapasiti tangki bahan api sebanyak 76 liter dan secara purata menggunakan bahan api sebanyak 9.8 liter bagi 100km.
Dari segi dalaman, tambahan terbaru dalam model ini termasuk dengan fungsi ‘Remote Start’ yang mampu menghidupkan enjin semasa di luar kereta dan secara automatik menghidupkan penyaman udara pada 25 darjah.
Tambahan lagi, Trailblazer mempunyai ‘Multimedia Projection Apple CarPlay’ dan ‘Android Auto’ bagi keselesaan pengguna menghubungkan peranti mereka dengan mudah serta pelbagai ciri lain.
Bagi keluaran di negara ini, Chevrolet Brunei akan menampilkan empat jenis warna iaitu putih, hitam metalik,coklat metalik dan juga biru metalik.
Orang ramai boleh menyaksi-kan keluaran terbaru ini dengan mengunjungi ke Bilik Pameran Chevrolet Brunei semasa waktu pejabat.