Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Sebuah lagi syarikat pelancongan iaitu Syarikat Ghufran Travel & Tours Sdn Bhd telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024.
Menurut kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji, dengan kebenaran itu, kini terdapat 29 buah syarikat pelancongan yang dibenarkan mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024.


