Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gianni Moscon buat hal lagi

    PARIS, 5 Okt – Gianni Moscon (gambar) dari Team Sky sekali lagi menjadi tumpuan bagi alasan yang salah semalam selepas penunggang pesiang mendakwanya secara sengaja mengakibatkan kejatuhan sehingga menyebabkan kecederaan patah siku.

    Sebastien Reichenbach dari Switzerland berkata penunggang dari Itali berusia 23 tahun itu menolaknya hingga jatuh di awal perlumbaan di Itali pada Selasa lalu.

    “Aduan telah difailkan,” pengurus pasukan FDJ, Marc Madiot memberitahu AFP.

    Moscon digantung oleh Sky selama enam minggu pada Mei lalu selepas melakukan penghinaan perkauman terhadap rakan sepasukan Reichenbach, iaitu Kevin Reza dalam Jelajah Romandie. Reichenbach secara terbuka menyuarakan kemarahannya ketika itu.

    Moscon menyatakan doa terbaiknya kepada Reichenbach selepas perlumbaan Selasa lalu, yang berkata dia memohon maaf dan mendoakannya agar cepat sembuh.

    Tetapi dalam akhbar “La Nouvelliste” edisi semalam, Reichenbach, yang menurut pasukannya akan direhatkan selama tiga sehingga empat bulan, tidak dalam mood untuk menerima permohonan maaf itu.

    “Ramai penunggang menyaksikan insiden itu dan bersedia untuk memberikan keterangan memihak saya. Ia adalah tolakan secara sengaja,” tegas Reichenbach.

    Moscon adalah salah seorang daripada penunggang yang meningkat naik bagi Sky dan berada di kedudukan terbaik dalam kejuaraan dunia bulan lalu di Bergen sebelum dibatalkan dari perlumbaan jalan raya selepas rakaman menunjukkan dia ditarik oleh kereta pasukan.

    Dia juga berada di kedudukan kelima di klasik Pari-Roubaix tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda