Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Giannis bantu Bucks benam Bulls

    LOS ANGELES, 23 MAC – Giannis Antetokounmpo kembali daripada kecederaan untuk menjaringkan 25 mata ketika Milwaukee Bucks menumpaskan Chicago Bulls 126-98 semalam.

    Antetokounmpo, yang terlepas pembelasahan Bucks 138-119 oleh Minnesota pada Sabtu selepas mengadu sakit lutut, kembali dengan balas dendam tatkala Buck melancar serangan ke atas barisan pemain Bulls.

    Bintang Greece itu mengutip 17 rebounds dan menambah lima assist, sementara Jrue Holiday juga mencatat perlawanan besar dengan 27 mata. Tujuh pemain Milwaukee mengakhiri perlawanan pada malam itu dalam angka berganda.

    Bucks, yang mendahului sepanjang suku pertama, menambah 35 mata pada akhir perlawanan, meningkat rekod musim mereka kepada 45-27 untuk menduduki tempat kedua dalam Eastern Conference.

    Di Florida, pemain Jerman Franz Wagner menjaringkan 18 mata ketika Orlando Magic menyingkirkan Golden State Warriors kepada kekalahan ketiga berturut-turut mereka semalam.

    Wagner, dipilih dengan pilihan kelapan keseluruhan dalam senarai pemain tahun lalu, juga menyumbang dengan tiga assist, dua steal dan satu block ketika Warriors tewas 94-90.

    Warriors merosot kepada 47-25 untuk kekal di tangga ketiga dalam Western Conference sementara Orlando, telah pun disingkirkan daripada saingan playoff, berada satu tempat tercorot dalam Eastern Conference pada 20-53. – AFP

    Giannis Antetokounmpo terlepas bola di antara Coby White (kiri) dan Patrick Williams semasa perlawanan NBA di antara Milwaukee Bucks dan Chicago Bulls di Milwaukee pada 22 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...