Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Giannis cedera, Atlanta samakan kedudukan

    NEW YORK, 30 JUN – Giannis Antetokounmpo mengalami kecederaan lutut ketika Milwaukee Bucks mencatat kekalahan perlawanan siri setelah ditundukkan oleh Atlanta Hawks di pertemuan final Eastern Conference NBA.

    Usaha serangan dari pasukan Hawks membuahkan hasil selepas mencatatkan kemenangan 110-88 di State Farm Arena untuk menyamakan kedudukan siri terbaik daripada tujuh perlawanan kepada 2-2.

    Lou Williams, memulakan perlawanan bagi menggantikan Trae Young yang tercedera, mengetuai senarai penjaring dengan 21 mata buat Atlanta sementara Bogdan Bogdanovic menambah 20 mata.

    Jrue Holiday menjadi penjaring terbanyak buat Bucks dengan 19 mata sementara Khris Middleton menamatkan perlawanan dengan 16 mata.

    Tetapi perbualan hangat yang timbul dari kemenangan Atlanta tersebut adalah kecederaan dialami Antetokounmpo pada suku ketiga.

    Pemenang Pemain Paling Berharga sebanyak dua kali itu rebah di tengah gelanggang dengan kesakitan selepas tersungkur berikutan perebutan dengan Clint Capela.

    Ulang tayang menunjukkan lutut kiri Antetokounmpo dibalut ketika pemain bintang kelahiran Greece berusia 26 tahun itu menerima rawatan di gelanggang.

    Dia kemudian dikeluarkan dari gelanggang dan dibawa ke bilik lokar.

    Insiden tersebut kelihatan menggegarkan Bucks, yang ketinggalan 10 mata 62-52 semasa kejadian kecederaan itu berlaku. – AFP

    Reaksi Bogdan Bogdanovic selepas menjaringkan mata buat Hawks. Bogdanovic berjaya menambah 20 mata untuk pasukannya semasa pertemuan menentang Bucks. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda