Saturday, April 19, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Giannis pulih menjelang Final NBA

    PHOENIX, 6 JULAI – Pemain Paling Berharga (MVP) NBA dua kali, Giannis Antetokounmpo, yang sebelum ini cedera di lutut kirinya, semakin sembuh tetapi tetap dipersoalkan untuk beraksi dengan Milwaukee Bucks dalam perlawanan pembukaan Final NBA esok.

    Penyerang Greece berusia 26 tahun itu menjalani latihan di gelanggang persendirian, kata jurulatih Bucks, Mike Budenholzer, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia bersedia menghadapi saingan menentang Phoenix Suns.

    “Dia mencatat kemajuan, tapi saya tidak boleh berharap sama sekali,” kata Budenholzer. “Dia telah melakukan latihan di gelanggang lagi hari ini. Dia mencatat kemajuan.

    “Kami gembira kerana dia membuat kemajuan.”

    The Bucks, yang meraih gelaran pertama NBA dalam 50 tahun, kini mendahului 7-5 musim ini tanpa Antetokounmpo, yang cedera di lutut ketika tewas kepada Atlanta pada perlawanan keempat di final East Conference.

    The Bucks menang dua kali tanpa dia untuk memasuki final pertama sejak 1974 menentang Suns, yang mengejar gelaran NBA pertama mereka. – AFP

    Gambar fail pada 10 Februari menunjukkan aksi Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee Bucks mengawal bola semasa perlawanan NBA menentang Phoenix Suns di Phoenix Suns Arena, Arizona. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda