Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Giat agih makanan amal Hari Raya

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Sebagai semangat perpaduan dan belas kasihan kepada masyarakat, Jabatan Kerja Sosial Perubatan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dengan kerjasama Marketplace.bn dan Foodlife telah mengendalikan kempen amal mengumpulkan sumbangan pakaian Hari Raya, baru-baru ini.
     
    Inisiatif yang berjalan pada 19 hingga 22 Mac lalu itu adalah bertepatan dengan Hari Kerja Sosial Sedunia 2024, bagi meraikan nilai empati dan perpaduan.
     
    Pengarah Perubatan PJSC, Dr Meera Sahib Kabeer dan Ketua Bahagian Perubatan Kerja Sosial, Dayang Siti Fairuz Abdul Latiff telah merakamkan penghargaan kepada penyumbang semasa menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil Marketplace dan Foodlife yang berlangsung di Pasar Telanai, Bangunan SPPN, Taman Alam, Jalan Telanai, pada 25 Mac lalu.
     
    Manakala itu, pengagihan sumbangan berupa makanan kepada mereka yang memerlukan di daerah ini dan yang dikenal pasti oleh Foodlife telah diadakan pada 26 Mac.
     
    Pengagihan tersebut melibatkan 20 orang sukarelawan daripada kalangan kakitangan PJSC dan Jerudong Park Medical Centre (JPMC).
     
    Usaha kerjasama berkenaan diteruskan lagi pada 27 Mac dengan penyertaan 20 kakitangan tambahan yang telah menawarkan diri untuk membantu menerima catuan makanan dan pakaian semasa Hari Terbuka Pasar Telanai.
     
    Inisiatif berkenaan bukan sahaja memberikan sokongan penting kepada mereka yang menghadapi kesusahan tetapi juga memupuk rasa penglibatan dan empati masyarakat.
     
    Kerjasama penting antara Jabatan MSW dan pertubuhan bukan kerajaan dan perusahaan sosial itu adalah satu langkah ke hadapan dalam usaha mendekati masyarakat.
     
    Dengan melibatkan sukarelawan dalam kalangan kakitangan dalam inisiatif ini, terdapat jelas menunjukkan dedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menangani keperluan ahli yang paling terdedah.
     
    Sukarelawan PJSC dan JPMC yang terlibat dalam acara tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN PJSC
    Dayang Siti Fairuz semasa menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima. – GAMBAR SERAHAN PJSC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...