Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Giat imarahkan masjid dengan aktiviti keagamaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Ahli Tadarus Subuh Masjid Kampung Sungai Besar terus mengimarahkan masjid dengan aktiviti keagamaan seperti membaca Al-Quran dan baru-baru ini, masjid berkenaan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi ahli tadarus masjid berkenaan.

    Majlis tersebut turut disertai oleh Penasihat Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Pada majlis berkenaan, Setiausaha AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit berkata, “Takmir masjid dan majlis Perundingan Kampung Sungai Besar kini membuka penyertaan kepada jemaah masjid dan orang ramai khususnya penduduk Kampung Sungai Besar untuk sama-sama beramal jariah dengan menghulurkan derma bagi membantu anak-anak yatim dan keluarga yang berkeperluan.”

    Tambahnya, bantuan berkenaan dijangka akan diserahkan kepada penerima pada Majlis Tahlil Doa Arwah Sekampung yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan Mac.

    Sehubungan itu, para jemaah dan orang ramai yang berhasrat untuk sama-sama menjayakan program tersebut boleh mendapatkan borang dan menghantar kembali kepada imam Masjid Kampung Sungai Besar sebelum 30 Mac.

    Ahli Tadarus Subuh Masjid Kampung Sungai Besar semasa mengadakan Majlis Khatam Al-Quran baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...