Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Giat imarahkan masjid dengan tadarus

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Jemaah tadarus subuh Masjid Kampung Sungai Besar terus istiqamah dalam mengimarahkan masjid dengan mengadakan tadarus Al-Quran setiap selepas sembahyang Fardu Subuh berjemaah di masjid berkenaan.

    “Kita bersyukur dengan keberkatan Al-Quran, kita diberikan peluang mendampinginya dengan bertadarus beramai-ramai dan yakin dengan menunaikan ibadah bertadarus Al-Quran akan memperoleh ganjaran syafaat di akhirat nanti.”

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Zaini bin Haji Damit pada majlis khatam Al-Quran di Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini.

    Beliau yang juga Penasihat 1 ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar menzahirkan rasa syukur dan yakin jemaah di masjid berkenaan akan terus melipatgandakan usaha dalam mendalami ibadah membaca ayat-ayat suci dan memahami pengajaran daripada Al-Quran.

    Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama bagi tahun 2024 itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim yang bermula daripada Surah Ad-Duha sehingga Surah An-Nas yang dipimpin oleh Awang Abdul Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin.

    Manakala itu, Doa Khatam dan Doa Selamat dibacakan oleh Awang Muhammad Haji Hazman bin Haji Mohd Hairol Azme.

    Antara yang menyertai majlis bertadrus Al-Quran bagi Masjid Kampung Sungai Besar. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...