Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Usaha-usaha membersihkan kawasan perbandaran dan alam sekitar serta tandas awam di negara ini perlu dipertingkatkan lagi kerana tahap kebersihannya masih rendah dan belum diatasi dengan berkesan. Operasi pembersihan seharusnya tidak dihadkan kepada musim-musim perayaan sahaja malah perlu kerap dilakukan, manakala kerja-kerja pembaikan dan membaik pulih juga