Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gigi IU rosak teruk

    Penyanyi IU mendedahkan mempunyai tabiat mengunyah sesuatu makanan dalam tempoh lama sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan gigi.

    IU atau Lee Ji Eun, 31, berkata dia melakukan perkara itu disebabkan mengalami kesukaran menelan makanan.

    Malah katanya, setiap kali makan dia mengira berapa kali dia mengunyah dan biasanya sebanyak 150 kali sebelum menelan makanan.

    “Apabila saya pergi berjumpa doktor gigi, saya diminta mengurangkan mengunyah makanan.

    “Saya kira berapa kali saya kunyah dan biasanya sekitar 150 kali sebelum telan,” katanya.

    IU bakal membuat persembahan di Malaysia pada 8 dan 9 Jun depan. – Billboard

    Menurut mStar, IU memberitahu tabiat mengunyah terlalu lama juga cara dia menikmati makanan terutama hidangan kegemarannya iaitu Tangsuyuk.

    Pun begitu, IU memberitahu buat masa ini dia hanya makan bubur sebagai diet selain mahu mengurangkan tabiat mengunyah.

    Apatah lagi ketika ini dia sedang sibuk berlatih untuk konsert jelajah dunianya yang bakal bermula Jun depan.

    Konsert jelajah HER bakal memperlihatkan IU singgah di beberapa buah negara termasuk Singapura, Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.

    Manakala IU bakal menghiburkan peminat di Malaysia selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Jun 2024. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda