Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gigi kuning Johnny Depp curi perhatian peminat

    Kemunculan Johnny Depp di Festival Filem Cannes mencuri perhatian memandangkan pelakon itu lama menyepikan diri sejak kes mahkamah melibatkan bekas isterinya, Amber Heard tahun lalu.

    PageSix melaporkan kehadiran Johnny, 59, ke festival itu bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Jeanne du Barry.

    Bagaimanapun perasaan teruja peminat melihat aktor berjalan di karpet merah acara itu bagaimanapun hilang apabila melihat giginya yang kuning dan seolah-olah sudah rosak.

    Menerusi beberapa foto yang tular di Twitter, ramai meluakan rasa loya melihat foto jarak dekat bahagian gigi pelakon itu.

    “Gigi Johnny betul-betul rosak, loya tekak saya melihatnya. Kenapa perlu ambil gambar gigi dia secara dekat? Ia merosakkan mood saya.

    “Gigi dia ini untuk watak Jack Sparrow ke? Dia banyak duit tapi tak mampu jaga gigi sendiri,” ujarnya. – Agensi

    Gigi kuning Johnny Depp ternyata menjadi perbualan para peminat.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda