Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gigi palsu LeAnn Rimes tertanggal atas pentas

    Penyanyi LeAnn Rimes berdepan detik memalukan apabila gigi palsunya tertanggal semasa membuat persembahan di The Skagit Casino Resort di Washington, Amerika Syarikat pada 20 Jun lalu.

    Akibat terlalu malu, LeAnn, 42, akui dia hanya mampu mengeluarkan kenyataan selepas seminggu kejadian itu berlaku.

    “Ketika itu saya berada di tengah-tengah pentas dan sedang menyanyi One Way Ticket, saya rasa sesuatu muncul di mulut saya.

    “Seperti yang awda semua tahu saya sudah banyak kali melakukan pembedahan gigi dan salah satunya tertanggal di atas pentas itu,” katanya memetik laporan Page Six.

    Tambah penyanyi ini lagi kejadian itu juga membuatkan dia merasa cemas ketika berada di atas pentas kerana mahu memastikan penampilannya sentiasa terjaga.

    Malah ia juga telah mengganggu perjalanan persembahan kerana dia perlu mengambil masa untuk membetulkan semua giginya.

    Dia juga berharap insiden sebegitu tidak akan berulang lagi di mana-mana acara akan datang.

    “Dalam keadaan yang panik saya berlari ke belakang pentas untuk memperbetulkan gigi saya sebelum kembali ke pentas dan menyanyi.

    “Saya kemudian memberitahu semua penonton apa yang berlaku, jadi saat-saat akhir persembahan saya terpaksa menolak gigi saya berulang kali.

    “Saya harap ini pengalaman pertama dan terakhir saya. Saya tak mahu pengalaman seperti ini lagi,” luahnya. – Agensi

    LeAnn anggap kejadian memalukan sesuatu yang epik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda