Anggota kumpulan Unis iaitu Seowon berdepan insiden memalukan apabila gigi bongsunya tercabut ketika tampil dalam sebuah program mukbang di YouTube.
Memetik laporan mStar, kejadian tersebut berlaku ketika Seowon dilihat sedang menikmati makanan malam bersama anggota lain Unis sebelum menyedari giginya tercabut.
Malu dengan kejadian itu, Seowon, 13, segera menekup mulutnya sambil ketawa sebelum memberitahu giginya tercabut.
Sebelum itu, Seowon sempat memberitahu dia tidak berselera makan disebabkan giginya sakit.
Sementara itu, klip tersebut tular di media sosial dan rata-rata warganet gelak besar melihat insiden mencuit hati berkenaan.
Bahkan ada juga yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar Seowon yang disifatkan terlalu muda untuk menjadi bintang Kpop.
“Muda betul dah jadi idol Kpop, gigi susu pun tak habis cabut lagi.
“Tercalar imej dia, 10 tahun akan datang pun orang masih ingat insiden ini. Lambat juga umur 13 masih ada gigi susu,” komen warganet. – Agensi