Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gigih jual sambal demi anak

    Dua matlamat utama menjadi pegangan buat pelakon Shakilla Khoriri dalam memulakan perniagaan berasaskan makanan sejak beberapa bulan lalu.

    Kata Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, dia sanggup melupakan seketika penat lelah dilalui sepanjang menguruskan perniagaan demi memberikan yang terbaik buat insan disayangi.

    Bagi aktres ini juga, anaknya iaitu Ameena Sofia merupakan pendorong untuk dia tidak mengalah mencuba sesuatu baharu.

    “Sampai bila saya mahu bergantung kepada dunia seni. Saya juga ada anak, jadi perlu buat sesuatu untuk masa depan kami.

    “Saya mahu beri kehidupan dan pendidikan terbaik buat anak.

    Masa depan anak menjadi keutamaan Shakilla. – Ohbulan

    Selain itu saya mahukan ibu bapa tidak lagi bekerja dan mereka boleh duduk rumah nikmati hari itu. Itulah dua pegangan saya dalam memulakan pernigaan ini.

    “Sebab itu saya tolak tepi emosi, penat atau masa untuk diri sendiri. Buat masa sekarang saya dahulukan mereka ini dalam hidup,” katanya kepada mStar.

    Bercakap tentang produk Garlic Chilli Oil yang diusahakan, Shakilla juga tidak menyangka dia kini berjaya membuka sebuah kedai yang juga menjadi tempat pemprosesan makanan berkenaan.

    Namun untuk sampai ke tahap ini, Shakilla berkata dia terpaksa mengeluarkan pelaburan besar bagi perniagaan yang sebelum ini diusahakan dari rumah.

    “Jujur saya katakan, duit simpanan hampir habis untuk mulakan perniagaan ini bagi membuka kedai sendiri. Banyak perkara yang perlu diuruskan.

    “Pelaburannya sangat banyak namun saya percaya semua ini akan terbalas,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda