Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gigit ular tedung hingga mati

    KATHMANDU, 8/9 September 2012 – Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga mati, lapor polis baru-baru ini.

    Petani itu, Mohamed Salmo Miya, melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP.

    Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi, menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 km ke tenggara Kathmandi ketika dia dipatuk ular tersebut.

    “Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.

    “Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya. Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut,” katanya. Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kemudian berehat di rumahnya.

    “Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya.

    “Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati,” dakwa petani berusia 55 tahun itu.

    “Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi ‘gila’ kerana marah dan mahu membalas dendam. “Saya membunuhnya dengan gigi saya,” tambahnya.

    Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa. Antara ular berbisa itu dikenali sebagai ‘Batu India’ sepanjang 10 meter.

    Seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda