Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gil Gun tidak sanggup gadai maruah demi wang

    Enggan lagi berdiam diri, penyanyi Korea, Gil Gun mendedahkan dia hampir menjadi ‘pelacur atasan’ bagi memuaskan nafsu golongan elit di Korea Selatan.

    Apa lebih menyedihkan, pihak pengurusannya sendiri bertindak sebagai dalang perbuatan keji itu dengan menjadi orang tengah memperkenalkan dia kepada golongan VIP.

    Memetik laporan mStar, mengimbau pengalaman tersebut, Gil Gun memberitahu pada awalnya dia terkejut malah tidak berhenti menangis apabila diminta melakukan perbuatan tidak senonoh.

    “Saya pernah dijemput ke sebuah restoran apabila ditanya tujuan minta saya datang, mereka kata hanya mahu melihat wajah saya.

    “Apabila tidak selesa, saya terus beredar sebelum menerima panggilan daripada pihak pengurusan menjelaskan tujuan pertemuan tersebut… Saya terus menangis!

    Gil Gun hampir menjadi mangsa pemuas nafsu golongan elit di Korea Selatan. – mk.co.kr

    “Saya terlalu muda ketika itu dan tidak pernah berdepan dengan situasi sebegitu,” katanya.

    Disebabkan perkara itu, Gil Gun memberitahu dia kerap bertukar syarikat pengurusan kerana enggan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral.

    Malah dia akan memastikan kontrak telus tanpa melibatkan aktiviti tidak berkaitan dengan karier seni.

    “Saya selalu bertukar syarikat pengurusan setiap kali melancarkan album baharu.

    “Saya akan tandatangani kontrak jika ia tidak melibatkan sebarang aktiviti tidak bermoral yang melanggar prinsip,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda