LOS ANGELES, 23 JAN – Shai Gilgeous-Alexander pamer aksi cemerlang untuk mengumpul 54 mata tertinggi dalam kerjaya ketika Oklahoma City Thunder menumbangkan Utah Jazz 123-114, kelmarin.
Gilgeous-Alexander menjaringkan 50 mata pertama dalam kariernya dengan prestasi cemerlang sepanjang perlawanan termasuk lapan rebound, lima assist, tiga steal dan dua block.
Persembahan yang luar biasa daripada pemain yang dianggap ramai sebagai bakal pemenang anugerah Pemain Paling Berharga musim ini terbukti muktamad dalam pertandingan yang menyaksikan 16 pertukaran utama.
Kemenangan itu meletakkan Thunder di puncak Western Conference dengan keputusan 36-7.
Gilgeous-Alexander berusaha tidak menghebohkan prestasi cemerlangnya berikutan kemenangan itu.
“Saya hanya cuba menjadi agresif, cuba memberikan rentak bola keranjang yang betul dan kemudian dari situ hanya mempercayai usaha saya ia tidak berbeza dengan malam lain,” kata Gilgeous-Alexander.
“Saya mempunyai beberapa mata lagi malam ini, tetapi ia bukanlah sesuatu yang istimewa,” tambahnya.
Gilgeous-Alexander menerima sokongan serangan daripada Jalen Williams, yang menjaringkan 25 mata, manakala Cason Wallace menambah 13 daripada bangku simpanan.
John Collins mendahului jaringan mata untuk Jazz dengan 22 mata. Kekalahan itu telah meletakkan Jazz merosot kepada keputusan 10-32 dalam Western Conference. – AFP