Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Giliran Bagnaia catat masa terpantas

    SEPANG, 9 FEB – Penyandang juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia memberikan amaran jelas bahawa dia adalah orang yang perlu ditewaskan untuk musim 2024 selepas pelumba Itali itu menamatkan hari terakhir ujian pramusim kelmarin di Malaysia dengan mencipta rekod pusingan terpantas litar secara tidak rasmi.

    Pelumba berusia 27 tahun itu hanya memerlukan kurang setengah jam untuk mencapai kejayaan tersebut apabila beliau meluncur melalui litar di Sepang yang mencabar sepanjang 5.543 kilometer dalam masa 1 minit 56.682 saat pada pusingan kelapannya.

    Bintang Ducati Lenovo itu mendahului sebilangan pelumba yang menamatkan hari ujian terakhir di bawah 1 minit 57 saat, di mana Jorge Martin menduduki tempat kedua dengan 1 minit 56.854 saat.

    Pendahulu catatan masa Rabu, Enea Bastianini menduduki tempat ketiga selepas mencatat masa 1 minit 56.915 saat, dengan Alex Marquez menduduki tempat keempat.

    Aleix Espargaro melengkapkan lima teratas sebagai satu-satunya pelumba di luar catatan masa 1 minit 56 saat apabila dia memperoleh pusingan terpantas 1 minit 57.091 saat. – AFP

    Aksi Bagnaia pada hari ketiga ujian MotoGP pramusim di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia pada 8 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...