Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gim buatan sendiri

    RUSIA, 11/12 Ogos 2012 – Seorang ahli psikologi lulusan Universiti Negeri Leningrad, Valery Titov, telah mencipta lebih 20 peralatanan kecergasan dengan menggunakan kayu paun angara dan cedar tanpa sebarang komponen logam.

    Titov yang berusia 63 tahun merupakan seorang penternak lebah yang tinggal di Novopyatnitskoye, 120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarks, Rusia.

    Menurutnya, buat masa ini, tiada pelabur dan ahli perniagaan yang berminat dengan ciptaannya itu. Dia berasa gembira dengan ciptaannya itu kerana dia tidak perlu bimbang tentang bayaran gim, boleh bersenam mengikut masa kesukaannya, menggunakan kelengkapan paling disukainya dan boleh bersenam pada keselesaan ruangnya.

    Sebuah gim dalam rumah atau buatan sendiri boleh memberikan banyak kelebihan kepada mereka yang mahu terus cergas dan sihat. Tiada lagi perlu membayar yuran gim. Ramai orang fikir salah satu kelebihan terhebat memiliki gim di rumah adalah menjimatkan wang.

    Gim rumah juga boleh berbeza dengan gim tempatan kerana ia hanya akan dilengkapi dengan kelengkapan yang anda hanya perlukan. Isikan rumah anda dengan kelengkapan yang anda suka menggunakannya dari menggunakan kelengkapan gim yang tidak sesuai dengan gaya anda.

    Gim rumah membenarkan anda bersenam dalam keselesaan ruang anda sendiri. Anda tidak perlu bimbang tentang apa orang sekeliling fikirkan seperti ketika berada di gim luar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda