Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Gimenez lakar kemenangan Mexico

    LOS ANGELES, 17 JULAI – Santiago Gimenez mencipta sejarah apabila berjaya menjaringkan gol penentu perlawanan, beberapa minit selepas masuk ke padang perlawanan, memastikan Mexico menewaskan Panama dengan keputusan 1-0 dan memenangi gelaran juara Piala Emas CONCACAF yang kesembilan.

    Perlawanan akhir kejohanan serantau Amerika Utara, Tengah dan Caribbean itu menyaksikan pasukan Mexico yang berazam untuk membalas kekecewaan mereka baru-baru ini dengan pasukan Panama yang bercita-cita tinggi untuk merebut mahkota Piala Emas pertama dalam penampilan ketiga mereka di peringkat akhir.

    Sementara Gimenez memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan, dia dipilih untuk masuk ke padang pada minit ke-85, dan hanya tiga minit selepas itu, penyerang berusia 22 tahun yang bermain untuk Feyenoord itu beraksi dengan cemerlang.

    Selepas Ivan Anderson gagal melakukan hantaran lintang ke dalam kawasan penalti Mexico, Orbelin Pineda dari pasukan Mexico mengawal bola dan memberikan laluan kepada Gimenez di bahagian tengah.

    Dengan pantas, Gimenez meluru masuk ke dalam kawasan penalti, mengelak daripada permainan pertahanan dan menjaringkan gol menggunakan kaki kirinya, mengejutkan penjaga gol Panama, Orlando Mosquera.

    “Perasaannya sukar digambarkan dengan kata-kata,” ujar Gimenez. “Saya kagum dengan semangat bersatu pasukan kami untuk terus mara. Tidak perlu kata-kata, kerana kejuaraan ini membuktikannya,” tambahnya.

    Gol keempat dalam 18 penampilan antarabangsa itu mencetuskan sambutan meriah dalam kalangan penyokong Mexico yang berjumlah hampir 73,000 di Stadium SoFi, tempat pasukan bola sepak NFL Los Angeles Rams dan juga salah satu daripada lokasi Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. – AFP

    Santiago Gimenez mencium trofi kemenangan selepas perlawanan akhir Piala Emas CONCACAF, pada 16 Julai, di Inglewood, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...