Wednesday, July 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Girona jinakkan Barca

    BARCELONA, 11 DIS – Pesaing kejuaraan Sepanyol yang mengejutkan, Girona memperoleh kemenangan bersejarah 4-2 ke atas pesaing mereka, Barcelona kelmarin untuk menduduki puncak La Liga, dengan jurulatih Michel berkata dia percaya pasukannya boleh menewaskan mana-mana lawan.

    Girona menewaskan pesaing dari Catalan buat kali pertama di liga utama dalam pertemuan yang penuh semangat untuk naik dua mata di atas Real Madrid, yang berada di tangga kedua, selepas seri 1-1 di Real Betis baru-baru ini

    Barcelona berada di tempat keempat selepas Atletico Madrid, yang menghuni tangga ketiga, menewaskan Almeria sebelum ini, dan pasukan Xavi ketinggalan tujuh mata di belakang Girona.

    Artem Dovbyk meletakkan Girona di hadapan dan Robert Lewandowski menyamakan kedudukan buat Barcelona. Namun, ​​Miguel Gutierrez menjaringkan gol sekali lagi untuk pasukan pelawat.

    Valery Fernandez melebarkan kedudukan Girona ketika berbaki 10 minit, sebelum Ilkay Gundogan menjaringkan gol untuk mencipta satu perlawanan yang penuh dramatik.

    Reaksi Valery Fernandez selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona pada 10 Disember. – AFP

    Penyerang veteran, Cristhian Stuani menjaringkan gol dari jarak dekat pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan yang menakjubkan dan mengukuhkan impian kejuaraan.

    “Kami menikmati kemenangan ini, kami berada dalam dinamik yang sangat positif,” kata Michel kepada pemberita.

    Kekalahan ini mencalarkan usaha untuk mempertahanan gelaran buat Barcelona.

    “Mereka berhak mendapatnya, mereka mempunyai banyak kebolehan, mereka tujuh mata di hadapan kami,” kata Xavi kepada DAZN.

    “Kami mahu mengurangkan jurang, ini adalah realiti kami, ini adalah Barca yang dalam proses pembinaan, walaupun mereka telah mengkritik saya kerana (mengatakan) perkara itu.”

    Girona, sebahagiannya dimiliki oleh Kumpulan Bola Sepak City, tanpa pemain tengah utama, Yangel Herrera yang cedera, yang mereka tandatangani dari Manchester City, tetapi itu tidak menghalang mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir, tanah runtuh di India ragut 16 nyawa

    GUWAHATI, 2 JULAI – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dalam tempoh dua minggu lalu di...