Saturday, December 28, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Giroud bakal sertai Los Angeles FC

    PARIS, 24 APRIL – Penjaring gol terbanyak rekod Perancis, Olivier Giroud telah mencapai persetujuan dengan Los Angeles FC untuk menyertai kelab Major League Soccer musim panas ini, sumber yang rapat dengan pemain itu mengesahkan kelmarin.

    Pemain berusia 37 tahun itu, yang kontraknya dengan kelab Itali AC Milan tamat pada penghujung musim, telah bersetuju dengan perjanjian 18 bulan dengan kelab California itu bermula pada 1 Ogos, menurut laporan di Perancis.

    LAFC akan menjadi kelab kelapan yang dimainkan oleh pemenang Piala Dunia 2018 Giroud selama lebih dua dekad.

    Dia memulakan kerjayanya di kelab Perancis Grenoble, bermain untuk Istres dan Tours sebelum kejayaannya bersama Montpellier di mana dia memenangi gelaran Ligue 1 pada 2012.

    Giroud kemudian menghabiskan sembilan musim di England, bersama Arsenal dari 2012 hingga 2018 diikuti dengan tiga musim bersama pesaing London, Chelsea, di mana dia memenangi Liga Juara-Juara pada 2021.

    Perpindahan ke Itali pada 2021 menyaksikan dia memenangi gelaran Serie A bersama Milan pada tahun berikutnya.

    Giroud merupakan penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman dengan 57 gol dalam 131 perlawanan.

    Di LAFC, dia akan menyertai rakan baiknya dalam pasukan kebangsaan, bekas kapten Hugo Lloris, yang bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Perancis selepas ditewaskan oleh Argentina pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022.

    Penjaga gol Lloris menyertai LAFC dari Tottenham Disember lalu. – AFP

    Aksi Olivier Giroud semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Europa di Stadium Olimpik Rom pada 18 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda