Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Giroud rai gol ke-100

    PARIS, 29 Sept – Olivier Giroud melakarkan jaringan ke-100 bersama Arsenal ketika pasukan muda Gunners menewaskan BATE Borisov di Belarus dalam persaingan Liga Europa awal pagi tadi.

    Theo Walcott menjaringkan dua gol bagi kelab Liga Perdana itu dan Rob Holding juga dalam sasaran ketika mereka mencatatkan kemenangan kedua dalam beberapa perlawanan bagi Kumpulan H.

    Pasukan kendalian Arsene Wenger menewaskan Cologne 3-1 di gelanggang sendiri dalam perlawanan pertama mereka dua minggu lalu, dan pasukan dari Jerman itu tewas sekali lagi semalam, 1-0 di gelanggang sendiri kepada Red Star Belgrade.

    Wenger membuat sembilan pertukaran kepada pasukan Arsenal selepas mereka membuat perjalanan ke timur Eropah dengan kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion pada Isnin lalu.

    Hanya Shkodran Mustafi dan Mohamed Elneny mengekalkan tempat mereka, sementara sejumlah pemain muda menampilkan Joe Willock diberikan aksi pertamanya bersama pasukan senior.

    Penyerang Arsenal, Olivier Giroud (kiri) ketika menjaringkan gol keempat pasukannya menerusi penalti ketika menentang BATE. – AP

    Ia adalah dua perbandingan pemain veteran yang bergabung bagi jaringan pembukaan, dengan Jack Wilshere memberikan umpanan kepada Walcott untuk menanduk masuk dari jarak dekat.

    Walcott menukar kedudukan menjadi 2-0 menerusi separuh masa pertama selepas kesilapan dari penjaga gol BATE, Densi Scherbitski, yang melakukan kesilapan ketika cuba untuk mengeluarkan bola yang tepat kepada pemain penyerang England itu.

    Holding kemudian menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal tetapi tandukan kencang dari Mikro Ivanic membolehkan juara dari Belarus itu menjaringkan gol sebelum setengah jam.

    Holding dan Walcott menggegarkan tiang gol dan Giroud menyudahkan sepakan penalti awal separuh masa kedua, menjadi pemain yang ke-19 untuk mencatatkan jaringan ke-100 bagi Arsenal.

    Ia bukanlah penamat jaringan, ketika Mikhail Gordeichuk menjaringkan gol kedua tuan rumah pada perlawanan malam tersebut, menyudahkan sepakan susulan selepas David Ospina menyelamatkan sepakan Ivanic.

    Arsenal seterusnya akan berkunjung ke Serbia untuk menghadapi pasukan Red Star, yang mana jaringan kemenangan di Jerman disudahkan oleh pemain antarabangsa dari Ghana, Richmond Boakye. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda