Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gladbach bangkit benam Munich

    BERLIN, 19 FEB – Borussia Moenchengladbach meneruskan rekod luar biasa kelmarin menentang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, dengan kemenangan 3-2 selepas kad merah yang kontroversial pada minit kelapan dilayangkan kepada pemain pertahanan Munich, Dayot Upamecano kelmarin.

    Upamecano dari Bayern secara kontroversi diberikan kad merah kerana menjatuhkan pemain Perancis, Alassane Plea di luar kotak penalti.

    Penjaga gol Bayern, Yann Sommer telah diberi sambutan istimewa sebelum perlawanan, memperingati lapan tahun setengahnya di Gladbach sebelum berpindah ke Munich untuk menggantikan Manuel Neuer yang cedera pada Januari.

    Gladbach mensia-siakan sepakan percuma yang diberikan tetapi pasukan tuan rumah itu diberi peluang sekali lagi hanya lima minit kemudian apabila pertahanan Kanada, Alphonso Davies berjaya mencetak gol dari sudut padang.

    Gol kedua dijaringkan oleh pemain tengah Gladbach, Jonas Hofmann melalui tendangan percuma.

    Bavarian terus mengasak walaupun kekurangan seorang pemain dan menyamakan kedudukan pada minit ke-35, apabila Davies berjaya membolosi gawang hasil tendangan dari tepi petak penalti.

    Gladbach kembali mendahului selepas 55 minit menerusi Hofmann, yang menekan Bayern setelah melakukan beberapa percubaan hantaran pantas dengan Plea sebelum merembat dari jarak dekat melepasi Sommer.

    Penyerang Gladbach, Marcus Thuram mengesahkan kemenangan pada minit ke-84 apabila dia berjaya menghantar bola ke gawang Munich, melalui hantaran lintang Hofmann dan melepasi tangan Sommer.

    Manakala penyerang remaja dari Perancis, Mathys Tel menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memberi harapankepada Bayern, tetapi pasukan tuan rumah berjaya mengekalkan kemenangan. – AFP

    Yann Sommer (tengah) semasa perlawanan bola sepak Bundesliga pusingan pertama Jerman di Moenchengladbach, barat Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...