SYDNEY, 2 JAN – Asap tercetus daripada kebakaran hutan di Australia memberi kesan kepada negara jiran apabila glasier di New Zealand bertukar menjadi warna perang.
Asap tebal mula muncul di negara itu kelmarin apabila banyak kawasan matahari terbit menyerlahkan bentuk bola kemerah-merahan atau emas.
“Asap bergerak kira-kira 2,000 kilometer (km) merentasi Laut Tasman dapat dilihat dengan jelas. Ia juga menyebabkan jarak penglihatan kurang 10km di kawasan yang paling teruk terjejas,” menurut penyelidik rasmi New Zealand, MetService.
Seorang pengguna Twitter, Miss Roho dalam ciapannya memberitahu, bau terbakar juga boleh dihidu sehingga ke Christchurch.
Sementara itu, seorang lagi wanita, Rachel, memaparkan gambar glasier Franz Josef, – lebih daripada 2,000 kilometer (1,240 batu jauh) – dengan keadaannya yang sangat berbeza dan bertukar menjadi perang.
“Berhampiran dengan glasier Franz Josef, kawasan itu bertukar disebabkan oleh debu akibat kebakaran hutan. Ia dalam keadaan putih kelmarin,” post wanita itu di laman sosial.
Seorang lagi penduduk di sini, Jemaine Clement turut mendedahkan perkara yang sama. “Sepanjang perjalanan di New Zealand, pemandangan dipenuhi dengan asap akibat kebakaran hutan sekali gus mengakibatkan cuaca sangat berlainan,” jelasnya. – AFP
