Glen Davis buat rayuan kes serangan di Califonia

LOS ANGELES, 13 DIS – Bekas pemain NBA, Ronald Glen Davis terlepas hukuman penjara selepas rayuan daripada pertuduhan bahawa dia menyerang seorang lelaki di luar kelab malam Los Angeles tahun lepas, kata pendakwa kelmarin.

Davis, 33 tahun dituduh menolak mangsa ke dinding semasa berlaku pertengkaran di West Hollywood pada 8 April 2018.

Dia menghadapkan permohonan rayuan kepada satu perkiraan feloni pada Rabu lalu, atas kesalahan mengakibatkan kecederaan badan yang serius, kata pegawai peguam Daerah negara Los Angeles,

Sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan, Davis dikehendaki untuk menjalani khidmat masyarakat selama 320 jam sepanjang tahun depan. Sekiranya dia memenuhi syarat itu dan tidak melanggar undang-undang lain, hukuman akan dikurangkan kepada salah laku, kata pendakwa. Selain itu, dia juga perlu membuat bayaran sebanyak AS$101,479 dalam restitusi.

Davis yang popular dengan gelar ‘big baby’ bermain untuk Boston Celtics, Orlando Magic dan Los Angeles Clippers. – AFP