Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gleneagles JPMC hulur bantuan kepada keluarga terpilih

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Gleneagles JPMC hari ini telah melancarkan kempen amal sempena bulan Ramadan untuk memberikan sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Brunei Muara.

    Hospital tersebut telah mengumpulkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada lima keluarga yang memerlukannya, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dan dalam semangat persiapan menyambut Hari Raya.

    Sehubungan dengan itu, kempen tersebut menyaksikan kira-kira 25 kakitangan Gleneagles JPMC sebagai sukarelawan dan diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Awang ‘Izzul Hamzi bin Haji Jomari.

    “Di Gleneagles JPMC, kami menyedari kepentingan memberi kembali kepada masyarakat.

    Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurkan kempen amal ini dan kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga terutama pada musim Hari Raya ini,” kata Awang ‘Izzul Hamzi.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Singapore, Dr Prem Kumar Nair, dan Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr Peter Tay.

    Warga Gleneagles JPMC bergambar ramai bersama salah sebuah keluarga yang menerima sumbangan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda