Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    GlobalWafers umum rancangan baharu

    WASHINGTON, 28 JUN – Syarikat pembuatan teknologi Taiwan, GlobalWafers Taiwan kelmarin melancarkan rancangan bagi menubuhkan sebuah kilang besar-besaran di utara Texas untuk menghasilkan komponen penting membuat semikonduktor dengan pelaburan sehingga AS$5 bilion.

    Walau bagaimanapun, rancangan untuk menghasilkan wafer silikon, yang akan mengukuhkan bekalan cip komputer, sebahagian besarnya bergantung kepada undang-undang yang belum selesai di Kongres Amerika Syarikat (AS).

    Bahan tersebut digunakan untuk menghasilkan cip yang diperlukan untuk segala-galanya daripada kereta hingga telefon pintar dan kekurangan global dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah menjadi faktor dalam kenaikan harga AS.

    Pembinaan kemudahan baharu itu akan dimulakan tahun ini di Sherman, Texas, dengan pengeluaran pertama seawal 2025. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda