Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    GM kurangkan pekerja kontrak

    CHICAGO, 2 MEI – General Motors Co (GM) mengurangkan pekerja kontrak sebagai sebahagian program penjimatan kos sebanyak AS$2 bilion, lapor Xinhua memetik The Detroit News kelmarin.

    Kebanyakan pekerja kontrak bekerja di Pusat Teknikal Global GM di Warren dan beberapa lokasi lain.

    Untuk mengurangkan kos sebanyak AS$2 bilion menjelang akhir tahun depan, GM telah menawarkan pakej pemberhentian kepada pekerja.

    Pada awal April, seramai 5,000 pekerja menerima tawaran itu, lapor media tempatan memetik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) GM, Paul Jacobson.

    Dengan penawaran pakej itu, pembuat kereta yang berpangkalan di Detroit itu menjangkakan mencapai kira-kira 50 peratus daripada sasaran AS$2 bilion tahun ini.

    Selain pakej pemberhentian, GM sedang mencari kaedah untuk mengurangkan perbelanjaan, antaranya dengan memberikan tumpuan kepada bidang yang menawarkan pulangan hasil dan margin keuntungan yang tinggi. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 25 Januari 2022 menunjukkan logo General Motors semasa acara di Lansing, Michigan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda